SYSALQ RADIO

Saturday, August 20, 2016







Pengasingan kuasa Raja bagi membuat undang-undang, menghakimi serta menguatkuasa undang-undang adalah bertujuan untuk mewujudkan keadilan. 

Di zaman dahulu, jika individu melakukan sesuatu yg tidak diperkenan raja maka individu itu terdedah kepada kehendak dan tindakan raja mengikut fikirannya tanpa memerlukan perbicaraan. Bermacam-macam hukum yg terbit mengikut peristiwa yg berlaku dan kerapkali ketidakadilan telah berlaku. Kita boleh merujuk kepada kes yg tercetus mengakibatkan peristiwa "Sultan Mahmud Mangkat di Julang".

Dunia moden menuntut kuasa itu tidak berfokus kpd seorang individu demi keadilan walau pun Sultan adalah pemilik sebenar kerajaan. Kuasa diperturunkan kpd pegawai bawahan seperti Perdana Menteri bagi mengetuai Menteri dan Ahli Palimen sebagai pembuat undang-undang. Diperturunkan juga kpd Badan Kehakiman dan Agensi Penguatkuasaan.

Jadi wujud sistem yg teratur disetiap aras. Mereka diberi emolumen dan tanggung-jawab. Ini bermakna jika mereka gagal atau menyalah guna kuasa maka mereka kena "TANGGUNG dan JAWAB" adakah tindakan mereka mengikut SOP dan spek yang dikhususkan pada tanggung-jawabnya dan sudah tentu mereka amat terdedah kepada tindakan oleh agensi yg memgawal perjalanan sistem spt SPRM malah oleh superior mereka.

Adalah malang jika fokus kuasa yg zaman dahulunya terletak pd Raja atau Sultan dan pada ketika Raja dan Sultan berkenan atau sudi menubuhkan kerajaan demokratik tiba-tiba ada pula dimana-mana aras sistem terdapat individu yg cuba menjadi jagoan untuk menjadi 'raja' dan mengawal seluruh jentera yg sejak dahulunya berjalan dgn baik hanya bagi menyelamatkan dirinya dari diambil tindakan oleh sistem. 

Walhal individu ini hanya 'makan gaji' dgn "Raja dan Sultan" ada tugasan dan tanggung-jawab yg perlu dilaksanakan mengikut spek yang dikhasnya. Tidak boleh semberono begitu sahaja. Ini bukan kerajaan kamu!

Adakah anda prihatin terhadap isu di atas? 

Jika anda prihatin dengan apa yang berlaku maka serulah rakan-rakan untuk kembali memperkukuhkan UMNO. Isu yang timbul ialah perspektif masyarakat terhadap UMNO telah berubah mereka mula memandang sinis terhadap organisasi UMNO. Mereka kaitkan UMNO dengan amalan kronisme dan rasuah. Malah mereka menganggap UMNO adalah kereta buruk yang tidak boleh diperbaiki lagi. Memang jika kereta ini tidak minat untuk dibaiki maka biarlah ianya berkubur dan kita semua bolehlah berhijrah kewadah perjuangan baru yang lebih meyakinkan. TETAPI!

Kita masih sayangkan UMNO kerana sejarahnya yang begitu indah terhadap perjuangan Orang Melayu. UMNOlah yang ditubuhkan demi memperjuangkan nasib Melayu. Kerajaan UMNOlah yang tertegak dibumi tercinta ini sejak sekian lama. Kita mesti mempertahankan UMNO!

 

Namun!

Bagaimana kita akan mempertahankan UMNO jika UMNO masih bergelumang dengan pelbagai individu sampah yang patut kita "vakum" kan keluar? 

Apatah lagi PM dan TPM pun telah menyeru agar pembersihan dilakukan dari dalam!

 

Oleh itu kami menyeru anda untuk sahut seruan ini bagi tujuan suci untuk membersihkan UMNO disemua peringkat!

Pakailah T Shirt ini bagi menunjukkan sokongan anda kepada usaha AKAR UMBI untuk melakukan proses pembersihan dalam UMNO! 

 

 

Kami sengaja gambarkan gerakan ini sebagai gerakan pembersihan atau pemvakuman dengan imej kartun yang memegang mesin vakum sedang menyedut sampah sarap. Pada baju individu berkenaan tertulis lambang UMNO dan perkataan AKAR UMBI yang menunjukkan bahawa kebencian ini datang dari AKAR UMBI dan bukannya dari aristokrat atasan yang telah kaya raya!

[Makluman: Jualan T Shirt ini tiada kaitan dengan sebarang kempen bagi tujuan menghasut dan sebagaianya tetapi ianya hanyalah bertujuan untuk mempamirkan semangat perjuangan bagi memperbaharui semangat perjuangan dalam UMNO melalu langkah pembersihan oleh para AKAR UMBI]

 

Sila buat pesanan sekarang!