Pengasingan kuasa Raja bagi membuat undang-undang, menghakimi serta
menguatkuasa undang-undang adalah bertujuan untuk mewujudkan keadilan.
Di zaman dahulu, jika individu melakukan sesuatu yg tidak diperkenan
raja maka individu itu terdedah kepada kehendak dan tindakan raja
mengikut fikirannya tanpa memerlukan perbicaraan. Bermacam-macam hukum
yg terbit mengikut peristiwa yg berlaku dan kerapkali ketidakadilan telah berlaku. Kita boleh merujuk kepada kes yg tercetus mengakibatkan peristiwa "Sultan Mahmud Mangkat di Julang".
Dunia moden menuntut kuasa itu tidak berfokus kpd seorang individu demi
keadilan walau pun Sultan adalah pemilik sebenar kerajaan. Kuasa
diperturunkan kpd pegawai bawahan seperti Perdana Menteri bagi mengetuai
Menteri dan Ahli Palimen sebagai pembuat undang-undang. Diperturunkan
juga kpd Badan Kehakiman dan Agensi Penguatkuasaan.
Jadi wujud
sistem yg teratur disetiap aras. Mereka diberi emolumen dan
tanggung-jawab. Ini bermakna jika mereka gagal atau menyalah guna kuasa
maka mereka kena "TANGGUNG dan JAWAB" adakah tindakan mereka mengikut
SOP dan spek yang dikhususkan pada tanggung-jawabnya dan sudah tentu
mereka amat terdedah kepada tindakan oleh agensi yg memgawal perjalanan
sistem spt SPRM malah oleh superior mereka.
Adalah malang jika
fokus kuasa yg zaman dahulunya terletak pd Raja atau Sultan dan pada
ketika Raja dan Sultan berkenan atau sudi menubuhkan kerajaan demokratik
tiba-tiba ada pula dimana-mana aras sistem terdapat individu yg cuba
menjadi jagoan untuk menjadi 'raja' dan mengawal seluruh jentera yg
sejak dahulunya berjalan dgn baik hanya bagi menyelamatkan dirinya dari
diambil tindakan oleh sistem.
Walhal individu ini hanya 'makan
gaji' dgn "Raja dan Sultan" ada tugasan dan tanggung-jawab yg perlu
dilaksanakan mengikut spek yang dikhasnya. Tidak boleh semberono begitu
sahaja. Ini bukan kerajaan kamu!
No comments:
Post a Comment